
Mr Addaem Chandran
(CEO) OF PMELC
“Ayuh, LAKUKAN perubahan, dan JADI perubahan itu”
Addaem Chandran merupakan pengasas dan CEO kepada Addaem Chandran Impact Consutancy PLT dan Ikonik Eye Specialist Centre. Sebelum membuka syarikat konsultansi dan pusat pakar mata, Addaem berpengalaman bekerja di sebuah syarikat multinasional yang tersenarai di dalam “Fortune 500 companies” selama lebih daripada 12 tahun. Beliau memikul pelbagai peranan dalam memimpin perniagaan berjuta-juta dolar. Beliau adalah pengurus yang berpengalaman di mana dalam kerjayanya di syarikat sebelum ini, beliau mengendalikan lebih dari 110 pekerja. Beliau menerima banyak penghargaan kerana bakatnya dalam membangun perniagaan dan pekerja di bawah kendaliannya. Beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menggunakan kemahiran, pengalaman dan kebijaksanaannya untuk menyumbang kepada masyarakat, dengan berkongsi pengetahuan dan kepakaran melalui pelbagai medium.
Kualifikasi & Tauliah
- Accredited Neuro-Linguistic Programme (NLP) Trainer, American Board of NLP
- Accredited Hypnosis Trainer, American Board of Hypnotherapy
- Certified Executive Coach, Certified Team Coach, Marshall Goldsmith Stakeholder Centred Coaching (MGSCC)
Latar Belakang Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), INSEAD Business School, salah satu sekolah perniagaan yang paling kompetitif di dunia.
Anugerah & Penghargaan
- Entrepreneur of the Year, Par Achievement Award, The Star Outstanding Business Award (SOBA) 2018
- Entrepreneur Leadership Award-Empowerment, SME & Entrepreneurship Business Award (SEBA) 2019
Tentang Addaem Chandran
Addaem Chandran dibesarkan dalam kemiskinan di ladang estet di Perak. Sebagai seorang kanak- kanak ketika itu, beliau sedar bahawa sama ada beliau suka atau tidak, beliau harus bergantung pada dirinya sendiri untuk menyelamatkan keluarganya dari kemiskinan dan tanggungjawab untuk mewujudkan kehidupan yang bermakna untuk keluarganya terpikul di bahunya. Dari awal usia mudanya, beliau berdikari dan memanfaatkan pengetahuan dan kemahirannya untuk menyara keluarganya. Semasa di alam persekolahan dan universiti, beliau telah melakukan kerja- kerja sambilan yang berlainan di samping pelajarannya, termasuk bekerja di kompleks membeli-belah, stesen minyak dan tuisyen pengajaran untuk menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung yuran pendidikannya.
Ketekunan dan kesungguhannya telah diakui oleh institusi swasta yang memilih untuk menaja pendidikannya di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Beliau juga telah terpilih sebagai salah satu daripada sepuluh teratas di antara dua ribu orang yang berpeluang untuk mewakili Malaysia ke Kanada sebagai duta perniagaan ketika beliau seorang pelajar universiti. Visi dan matlamatnya untuk menjadi salah seorang karyawan di syarikat multinasional menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan untuk bekerja di sektor komersial di sebuah syarikat multinasional.


Tangga Kehidupan Yang Seterusnya…
Titik perubahan besar berlaku dalam hidupnya apabila beliau memeluk agama Islam pada tahun 2009. 4 tahun kemudian, beliau mendapat hidayah untuk mendirikan rumahtangga bersama Dr Noor Aniah Azmi dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan 1 anak lelaki. Sebagai seorang ayah, Addaem selalu mengutamakan anak-anaknya bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga memastikan anak-anaknya membesar dengan integriti dan nilai-nilai positif. Beliau telah memanfaatkan kebijaksanaan dan pengalaman hidupnya untuk membesarkan dan mengajar anak-anaknya, dengan harapan mereka akan menjalani kehidupan yang berjaya dan bermakna sebagai seorang manusia. Beliau juga mengutamakan nilai-nilai Islam dan memastikan anak-anaknya didedahkan dengan Al Quran sejak usia muda.
Addaem selalu berkongsi pengetahuannya dan memberi manfaat kepada masyarakat bukan hanya dari perspektif perniagaan, tetapi juga pengetahuan tentang cara menjalani gaya hidup produktif, petua keibubapaan dan nasihat kehidupan secara umum.
BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA?
Kongsikan Lebih Lanjut Mengenai Pertanyaan Anda
Hubungi kami melalui telefon atau e-mel di:
HUBUNGI KAMI