Tarikh : 5th – 7th June, 12th – 14th June 2021
Masa : 8.30 am – 6.30 pm
Bayaran : Enquire now!
Lokasi : Addaem Chandran Impact Consultancy, Bukit Jalil
Apa itu NLP?
NLP dapat melatih minda kita untuk memahami bahasa minda kita. Ini membolehkan komunikasi yang lebih berkesan dengan orang lain, dan juga dengan diri kita sendiri. NLP boleh membantu kita menguasai minda yang tidak sedar untuk memastikannya selaras dengan matlamat hidup kita, sehingga kita berada di landasan terbaik untuk mencapai apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan.
Mengapa ia berkesan?
Program NLP mampu meneroka potensi dalam diri kita untuk mengawal minda tidak sedar kita. Ini membolehkan kita berkomunikasi dengan diri sendiri untuk mendatangkan perubahan yang positif dalam hidup. Ini membantu kita memahami dan mengendalikan pengalaman masa lalu kita yang membataskan kepercayaan dan mempengaruhi emosi kita sekarang. Kursus ini menyampaikan teknik-teknik praktikal yang boleg diserap dalam kehidupan seharian untuk mendorong kita mencapai matlamat dan tujuan kita.
Anda adalah ahli Keluarga NLP yang seterusnya jika anda…
- Mempunyai matlamat yang ingin dicapai tetapi tidak mempunyai keberanian atau motivasi untuk bertindak
- Merupakan seseorang yang membiarkan emosi anda menguasai kehidupan anda
- Ingin menerapkan nilai-nilai “saya boleh lakukan” dan pertumbuhan mindset tetapi tidak pasti bagaimana untuk memulakannya
- Berhasrat untuk mengubah tabiat negatif tetapi tidak berjaya (seperti suka bertangguh, kurang keyakinan dan lain-lain)
- Mempunyai kepercayaan yang mengehadkan kerana pengalaman lalu.
Apa itu Time Line Therapy TLT?
Time Line Therapy adalah kaedah untuk kita memahami bagaimana masa lalu membatasi kemampuan kita untuk mencapai matlamat pada masa sekarang. Orang sering dipengaruhi oleh bebanan emosi dan kepercayaan negatif tentang diri mereka yang terbentuk oleh trauma pada masa lalu. Ini dapat menimbulkan perasaan bersalah, sedih, sakit hati dan ragu-ragu yang menghalang kemampuan kita untuk mencapai matlamat. TLT menyediakan latihan pengurusan emosi dan kepercayaan negatif, untuk mencapai status emosi yang konsisten dan stabil.
Mengapa ia berkesan?
TLT membolehkan kita untuk memahami “Time Line” dalaman tidak sedar kita. Ini berkaitan dengan bagaimana kita menyimpan memori, bagaimana pengalaman buruk itu mengehadkan potensi kita dan bagaimana kita sering membawa pengalaman masa lalu ke masa depan kita. TLT meningkatkan kemampuan kita untuk menyingkirkan pemikiran, tingkah laku dan emosi yang tidak diingini untuk memprogram minda kita menuju kejayaan.
Anda adalah ahli keluarga TLT yang seterusnya jika anda…
- Rasa terbelenggu oleh bebanan emosi
- Sering dihantui masa lalu yang mendorong ke arah sifat negatif
- Selalu berasa tersekat pada emosi masa lalu
Objektif dan faedah program
- Meneroka minda tidak sedar dan potensinya dalam mengembangkan diri ke arah perubahan
- Perjalanan penemuan diri
- Singkirkan kepercayaan yang terbatas
- Bantu anda berhenti mensabotaj diri anda
- Buang tabiat yang tidak diingini
- Bantu anda mengubah tujuan lebih kepada tindakan
- Pengurusan emosi yang lebih baik
- Beri anda “alat” untuk membuat keputusan menggunakan proses dalaman
- Ubah sistem kepercayaan anda tentang diri anda dan sekitarnya di mana hasilnya akan memberi kesan pada motivasi hidup anda
- Mengungkap cara dan gaya komunikasi terbaik dengan diri sendiri dan orang lain